Cara Memupuk Kebitaraan Dalam Diri


  1. Berfikir positif
Berfikiran positif akan membantu diri kita tetap yakin dengan diri kita sendiri. Buanglah fikiran negatif kerana hal tersebut hanya akan merugikan diri kita sendiri. Dengan membiasakan berfikir positif maka hati dan perbuatan kita akan ikut menyeimbangi fikiran kita, sehingga fikiran, hati dan perilaku kita akan positif kerana sudah menjadi kebiasaan.
  1. Selalu bersikap ramah dan baik hati
Sikap ramah dan baik hati sangat penting untuk dapat meningkatkan keyakinan dalam diri kita. Dengan bersikap ramah terhadap orang lain maka akan meningkatkan keyakinan dalam diri kita. Demikian juga dengan sikap baik hati yang akan semakin meningkatkan keyakinan pada diri anda. Orang yang terbiasa dengan bersikap ramah dan baik hati maka banyak orang yang senang dan baik terhadapnya sehingga akan menciptakan keyakinan diri.
  1. Mengenali diri sendiri yang sebenarnya
Jika anda ingin meningkatkan keyakinan dalam diri anda, maka kenalilah diri anda terlebih dahulu. Pahami apa kelebihan dan kekurangan yang ada di dalam diri anda. Kenali juga hal-hal apa saja yang bisa membuat anda senang, emosi atau sedih sehingga anda dapat mengatasi berbagai masalah yang ada dalam diri anda dengan baik. Anda juga perlu untuk mengenali potensi dan bakat yang anda punyai sehingga dapat mengasah bakat anda sehingga dapat lebih berkembang.
  1. Jangan mementingkan diri-sendiri
Mementingkan diri sendiri tidak beza jauh dengan egois. sifat mementingan diri sendiri akan menjadikan keyakinan diri menjadi berkurang. Dahulukanlah kepentingan bersama diatas kepentingan diri sendiri. Jika kita berniat baik untuk membantu sesama, maka kita sendiri akan dibantu oleh orang lain, maka tidak usah ragu ketika akan melakukan hal baik untuk orang lain atau kepentingan umum.
  1. Berpakaian sopan dan menarik
Cara berpakaian juga mempengaruhi keyakinan dalam diri anda, jadi anda jangan memandang remeh terhadap cara berpakaian. Pakaian yang rapi dan sopan akan menjadikan kepercayaan diri meningkat dalam diri seseorang sehingga akan timbul juga keyakinan diri. Pakaian yang sopan dan rapi juga dapat mencerminkan keperibadian seseorang. Orang yang berpakaian rapi menjadi ciri bahawa orang tersebut menjaga kebersihan dan kerapian. Berpakaian rapi juga akan menimbulkan aura positif kepada orang lain sehingga orang akan berfikiran positif terhadap kita.
  1. Menjaga kebersihan diri
Kebersihan sangat penting dalam kehidupan kita. Ada juga pepatah yang menyebutkan kebersihan adalah sebahagian dari iman. Menjaga kebersihan sangat penting selain untuk menjaga diri dari berbagai penyakit, menjaga kebersihan dapat meningkatkan keyakinan pada diri seseorang. Jika seseorang menjaga kebersihan diri saja tidak bisa bagaimana jika memimpin suatu organisasi atau kelompok sosial, kerana orang yang mampu memimpin dimulai dari mampu memimpin dirinya sendiri. Mulai dari sekarang jaga kebersihan diri anda, sehingga keyakinan dalam diri anda akan meningkat.
  1. Berjalan dengan lebih cepat
Cara jalan seseorang juga mencerminkan keyakinan diri seseorang tersebut. Seseorang yang berjalan dengan cara tegap dan cepat menandakan bahwa orang tersebut disiplin dengan waktu yang dimilikinya serta mempunyai tujuan yang jelas yang hendak dicapainya, kecuali jika seseorang sedang terburu-buru. Berjalanlah 25% lebih cepat agar keyakinan diri anda lebih meningkat, selain itu juga akan menjadikan waktu anda lebih efektif.
  1. Bersyukur
Bersyukur selain merupakan kunci kebahagiaan juga merupakan cara untuk meningkatkan keyakinan diri. Orang yang sentiasa bersyukur akan memikirkan apa saja yang telah didapatkannya sehingga tidak akan mengeluh. Jika kita terlalu fokus dengan memikirkan apa yang kita inginkan maka kamu akan berfikir kenapa tidak boleh mendapatkannya. Padahal semua hal telah diatur oleh Pencipta. Tugas manusia hanya berusaha dan berdoa, sementara hasilnya serahkan pada yang telah mengatur semua urusan manusia. Dengan banyak bersyukur akan semakin meningkatkan keyakinan diri serta menambah kebahagiaan dalam hidup.
    9.  Puji orang lain
Saat kita tidak mempunyai fikiran negatif terhadap diri sendiri, maka ini dapat berlanjutan dengan membicarakan orang lain. Membicarakan orang lain merupakan perbuatan yang tidak baik, apalagi jika membicarakan keburukan di belakang orang tersebut, maka hal ini dapat menyebabkan fitnah. Untuk menghindari pembicaraan jelek kepada orang lain maka lebih baik kalau kita memuji orang lain. Dengan memuji orang lain maka akan banyak orang yang akan menyukai anda, sehingga keyakinan diri akan meningkat. Maka biasakanlah memuji orang lain, bukan malah membicarakan keburukan orang lain.
  1. Duduk dibarisan depan
Dalam suatu acara ataupun tempat umum, seperti sekolah, pejabat, kuliah seminar atau kegiatan lain, kebanyakan orang memilih untuk duduk dibelakang berbanding di depan. Orang yang memilih duduk dibelakang, banyak yang mempunyai alasan kerana takut menjadi pusat perhatian, Hal ini merefleksikan bahawa keyakinan diri kurang ada. Dengan duduk di bahagian depan menjadikan seseorang akan menghilangkan rasa takut yang tidak rasional sehingga akan membantu meningkatkan keyakinan diri anda. Dengan duduk di depan anda juga boleh fokus dengan lebih baik semasa pembicaraan orang penting sehingga informasi atau ilmu pengetahuan dapat diserap dengan baik.
  1. Bicaralah dengan tegas
Saat anda berbicara di depan umum usahakan berbicara dengan tegas kerana bicara dengan tegas akan mampu meningkatkan keyakinan dalam diri seseorang. Kebanyakan orang penting akan berbicara dengan tegas sehingga keyakinan akan tercipta dalam diri orang tersebut. Berbicara tegas bukan berati harus dengan nada yang tinggi dan suara lantang tetapi cukup dengan suara yang cukup didengar serta tidak lemah.
  1. Bina prinsip hidup yang mantap
Pegang prinsip hidup anda dengan baik serta laksanakan dengan optimis yang tinggi. Orang yang mempunyai prinsip hidup yang baik akan meningkatkan keyakinan diri seseorang. Mantapkan prinsip hidup anda serta lakukanlah berbagai kegiatan yang baik kepada semua orang, dengan begitu maka keyakinan diri akan semakin meningkat.
  1. Tetapkan matlamat hidup
Matlamat hidup perlu anda punyai dan tetapkan kerana orang yang tidak mempunyai matlamat hidup maka hidupnya seperti tidak mempunyai tujuan yang jelas, tetapi seperti samar. Maka tetapkanlah matlamat hidup kerana merupakan sumber utama untuk meningkatkan keyakinan dalam diri seseorang.
  1. Bina pelan tindakan mencapai matlamat
Setelah anda mempunyai dan menetapkan matlamat dalam hidup anda, maka langkah selanjutnya iaitu bina matlamat yang sudah anda tetapkan. Rancang dengan terperinci dan sebaik mungkin matlamat hidup anda, kerana jika hanya menetapkan matlamat tanpa merancangnya maka hanya seperti angan-angan sahaja tanpa tindakan. Setelah rancangan jadi maka laksanakan, hal ini akan semakin meningkatkan keyakinan dalam diri anda.
  1. Tingkatkan ilmu pengetahuan
Ilmu pengetahuan sangat penting untuk kehidupan semua orang. Ilmu pengetahuan merupakan bekal untuk hidup di dunia ini ataupun di akhirat nanti. Orang yang mempunyai ilmu pengetahuan lebih tinggi maka akan mendapatkan keyakinan diri yang lebih tinggi, kerana mereka yakin dengan dirinya bahawa mereka lebih berdaya saing dengan pengetahuan yang mereka miliki.
Meningkatkan ilmu pengetahuan tidak hanya dilakukan dengan menuntut ilmu di bangku sekolah ataupun kuliah, kita harus meningkatkan ilmu pengetahuan dengan mengikuti kursus, seminar, membaca buku ataupun hal lain yang bolehj kita ikuti seperti organisasi atau lainnya.
  1. Tingkatkan kemahiran-kemahiran
Ilmu pengetahuan saja untuk zaman sekarang kurang untuk bersaing dengan yang lain. apalagi sekarang sudah zaman era moden, maka akan lebih banyak pesaing-pesaing yang lebih hebat, maka tingkatkan juga kemahiran yang anda miliki. Ilmu pengetahuan tanpa kemahiran akan dikalahkan dengan mereka yang mempunyai ilmu pengetahuan dan disertai dengan kemahiran yang mendukung ilmu pengetahuan yang dimiliki. Mulai sekarang tingkatkan kemahiran anda agar keyakinan diri anda semakin meningkat.
  1. Tingkatkan kualiti kesihatan diri
Kualiti kesihatan juga mempengaruhi keyakinan diri dalam diri seseorang. Kesihatan yang baik akan mempengaruhi fikiran kita dan aktiviti kita sehingga akan baik juga. Tetapi jika kesihatan kita kualitinya rendah, maka akan menyebabkan kita lemah dalam berfikir sehingga keyakinan diri dalam seseorang juga akan menurun. Jaga kualiti kesihatan diri anda dengan melakukan pola hidup yang sihat. Lakukan olahraga minimum seminggu sekali, makan makanan bergizi serta istirahat yang cukup.
  1. Tingkatkan kualiti penampilan diri
Penampilan sangat mempengaruhi keyakinan pada diri seseorang. Orang yang berpenampilan rapi, sopan dan menarik akan mempunyai tingkat keyakinan diri yang lebih baik berbanding orang yang penampilannya kurang rapi,
Jaga kualiti penampilan dirianda dengan tetap memperhatikanpenampilan. Penampilan diri bukan berati hanya penampilan fisik saja tetapi juga aura wajah anda.Senyuman merupakan usaha untuk meningkatkan kualitas penampilan diri anda. Jadi selain penampilan fisik dari segi pakaian anda juga harus memberikan senyuman ramah agar semakin meningkatkan keyakinan dalam diri anda.

Comments

Popular Posts