Bitara Dan Kebitaraan
APA KATA MUNSYI?
Bitara dan kebitaraan
Menurut Kamus Dewan (2005: 195), bitara bermaksud tiada taranya, hanya satu-satunya. Perkataan ini sebenamya terbentuk daripada cantuman awalan bi + tara. Awalan bi bermaksud tiada. Perkataan lain yang terbentuk sepetti ini ialah perkataan biadab, iaitu cantuman awalan bi + adab yang bermaksud tiada adab, bi + lazim (bilazim) bermaksud tidak seperti keadaan yang lazim atau tidak normal, dan sebagainya. Daripada perkataan bitara, terbentuk pula perkataan kebitaraan yang bermaksud ciri atau sifat sesuatu yang memperlihatkan tiada tandingannya. Yang berikut ialah ayat contoh untuk menjelaskan maksud bitara dan kebitaraan.
(a)Allahyarham Datuk Dr. Hassan Ahmad merupakan nasionalis bahasa yang bitara.

(b)Kebitaraan Institut Pendidikan Guru Kampus Teknik terbukti melalui kecemerlangan yang dicapai dalam pelbagai bidang. Berdasarkan kepada ayat contoh di atas, pengguna bahasa akan faham maksud kedua-dua perkataan tersebut dan dapat menggunakannya dengan betul dalam lisan dan penulisan.
Comments
Post a Comment